>
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

TRIP TO B@RNe@

Trip To Borneo Final Part

As Salam all my silent readers...

Lama masa Cik jejari tembam ambil masa nak habiskan entri pegi Borneo ni kan. Sorry sgt2 u allz . Kekangan dan halangan tak mengizinkan CJT untuk cepat2 siapkan entri ni. Malam ni berjanji juga pada diri sendiri nak sudahkan. So mcm yg CJT katakan hari keempat ni yg paling miss rasa takjub sekali pegi melawat. 

Awal-awal pagi lagi kami dh bersiap2 nak mulakan perjalanan ke Kudat. Perjalanan kali ni memakan masa yang paling panjang untuk pergi dan balik. Abang jeff ingatkan kami untuk bawa bekal makanan sebab susah nak dapatkan kedai makan sepanjang perjalanan ke sana.Untuk jimatkan masa kami just tapau Dunkin Donut untuk berkelah kat sana nanti.

Perjalanan ke tempat tujuan kami Tip of Borneo  memang amat mencabar dan mau kebas jugalah bontot masing-masing duduk dalam van. Macam selalu Si enal jadi radio buruk kami sbb siaran radio tak jelas kat sana. Jalan laluan kayu balak pun kami redah, memang kalau naik kereta rasanya tak sampai kot ke Tips of Borneo ni. Paling kurang pun van atau 4 wheel drive. Dalam perjalanan ke sana Abg Jeff ada juga berenti di gerai yang menjual buah-buahan and intro kan pada kami buah taram . Buah taram ni kat Borneo je ada. Jgn mimpi nak cari kat semenanjung ni. Rasanya ala2 mcm buah cempedak nangka lebih kurang mcm tulah. Sorrylah Cik tak snap gambar..excited nak makan sampai lupa nak snap gambar. Lagi satu CJT nak gtau Cik beli seikat pisang emas dengan harga RM2 je. Di Penang jangan haraplah nak dpt harga cam tu kan.

Penantian perjalanan yg panjang kami berbaloi bila sampai kat tempat ni. Pengalaman yg tak dapat Cik lupakan. Takjub dengan keagungan ciptaan Allah swt. Pemandangan yang tak dapat dinikmati Cik sebelum ni. Cuba layan foto2 di bawah ni :





walaupun hanya duduk dan menikmati permandangan lautan yang seluas pandang tu tak pun rasa bosan. Apa yang CJT hanya mampu ucapkan Subhanallah besarnya kuasa Allah swt. Rasa bertuah diberi ruang masa untuk menjejakkan kaki ke sini. Paling best kalau kita sempat tgk matahari naik dan terbenam kat sini, tapi Cik takde peluang sebab nak patah balik ke KK risau takut jalan gelap pula. Angin memang macam nak terbangkan u allz kalau berdiri di kawasan ni. Kuatnya angin di sini terasa macam badan kita ditolak angin.
Sedap sangat makan Dunkin Donut sambil bertengek di batu and mata tengok pemandangan yang indah.

Lebih kurang pukul empat kami bertolak balik ke Kota kinabalu. Sampai je dah malam. Malam terakhir kami di sini kami tutup dengan menjamu selera di medan selera yang best kali ni. Makanan laut dia murah2 je, paling tak blh nak lupa Butter prawn memang terbaiklah. Memang malam terakhir ni kami puas makan seafood sebab kawasan ni lebih selesa berbanding medan selera yang sebelum ni kami pergi. Medan selera yg best ni lokasi dia selepas market yang jual ikan2 masin tu.





Nampak tak muka riang ria kami di atas. Memang puas berjalan ke Sabah sebab banyak tempat kami singgah. Keesokkan hari kami bertolak pulang ke Penang seawal pagi  jam 7 lebih. Kenangan memang terlalu banyak kami bawa balik. Entah bila nak sampai pula ke sini. Hopefully ada rezeki kemudian hari untuk kami jejakkan kembali kaki kami ke bumi negeri dibawah bayu ni. Untuk rakan2 sekapal yang follow trip kali ni hope you guys enjoy as much as i do. Our next destination 2013 - Medan.



Trip To Borneo Part Three

As Salam all my silent readers...

Cik jejari tembam baru nak mula ketuk2 keyboard ni utk update trip ke Borneo. Sorry you allz i take a few days untuk update. Kalaulah blogging leh jadi my fulltime work sure ada banyak benda Cik nak cerita kat viewers, tapi inilah apa yang utama perlu di dahulukan :) . At the time Cik jejari tembam update part three ni sebenarnya Cik jejari tengah tunggu tetamu datang beraya. Hari ni dah hari kedua Aidiladha. Our beloved mum ada buat jamuan makan2 skit untuk tetamu yg datang. Menu hari ni Mee kuah udang, laksa dan juga ada nasi berlauk. Kalau sudi jemput datang yer..

Lets continue our story ekk.. Hari ketiga kami di Sabah kami buat aktiviti laut. Its means snorkeling time. Pagi-pagi lagi our kindness Abg jeff dah ambil kami untuk have bfast dulu. Perlu penuhkan perut dahulu sebelum memulakan aktiviti laut.Bila dh kenyang Abang Jeff  hantar kami ke Jeti Jesselton Point waterfront .Di Jeti ni anda akan lihat banyak kaunter2 yang menawarkan pakej2 sewa bot ke pulau2 yang anda ingin lawati. After a few survey yang kitaorang buat dan nego sana nego sini, kami setuju untuk ambil Pakej berharga RM250 untuk sebuah bot dan juga sewa alatan snorkelling dengan harga RM12 seorang. Pakej ni membolehkan kami melawat Sabah parks - Manukan, Mamutik dan Pulau Sapi. Bila sewa sebuah bot bermakna kita tak perlu tergesa-gesa sebab bot ni akan ikut arahan kita. Sewa bot ni sampailah pukul 5 petang. Secara rumusannya kalau nak compare CJT lagi sukakan pantai beras basah kat langkawi ..ikan-ikan banyak dan pasir putih .. Nak mandi pun agak susah sebab laut kat sabah ni ombaknya kuat sikit nak dibandingkan dekat Langkawi.


Perbincangan hebat tgh dijalankan..



Departure time ..yukk naik bot

selesa .. tapi naik bot mcm naik roller coaster.. ombak kuat









Dh pulang dah.. xlarat berendam lama2

Tapi perkara yang kami semua tak dapat lupa hari ketiga ni..bila si Aini hilangkan set snorkeling dia . Tak pasal2 kena keluarkan Rm70 untuk ganti semula barang hilang tu...Kesian kau dikk.. apa nak buat dalam suka ada dukanya..:)

Bila balik semula ke daratan. Kami macam biasalah dh lapar sgt. Singgah makan jap kat bandar KK . Restoran ni ok jugalah. Lepas makan kami mulakan misi seterusnya iaitu shopping . Sempatlah beli mutiara yang cantik2 kat Pusat kraftangan. Memang juling biji mata nak memilih mutiara yang cantik2 kat sini. Most important thing kena ada extra skill untuk nego harga. Alhamdulillah dapatlah CJT sepasang rantai tangan yang cantik untuk diri sendiri. Beli jugalah untuk beloved mum dan juga untuk beloved bos :)

 ... Habis shopping jer dah nak gelap. Kami minta abang Jeff hantar kami balik apartment dulu untuk mandi dan solat. Pukul 8 mlm kami mulakan misi shopping part two pula dekat pasar mlm kg Air. Biasalah kat sini banyak barang2 kraftangan dijual. Sama juga mcm pasar mlm biasa. Tapi kalau mutiara rasanya tak salah kalau CJT katakan yang Pusat Kraftangan design dia lagi cantik dan berkualiti. Di pasar malam ni Cik hanyabeli kerongsang saja.Kawan2 lain pun sama juga. Ada juga yang beli batu cincin dan juga keychain.
Selamat je shopping kami mula mencari dinner. Im not sure tempat yang kami singgah ni..tapi macam medan selera juga area Kg air. Padat kawasan ni. Nak makan pun agak tak selesa. So kami decide tapau bawa balik je. Makan di rumah. Hasilnya dapatlah menu mcm kat bwh ni

Dinner kami - ikan besar tu harganya RM27 jakk

So nak tahu apa pula aktiviti kami hari keempat.. kena tunggu next entry ok. Yang ni lagi best nak cerita. Memang CJT enjoy pergi tempat ni. Nak tahu..kena tunggu k... :)



Trip To Borneo Part Two


As Salam all my silent readers...

Sebelum memulakan entry kali ni, Cik jejari tembam mohon all readerz untuk sedekahkan Al-fatihah untuk arwah uncle Cik jejari tembam. Semasa Cik jejari tembam sibuk menaip entry untuk Trip to Borneo part One, rupanya uncle tengah bergelut dengan saat sakaratulmaut. Daripada Allah swt kita datang dan KepadaNYA jua kita kembali. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman. Amin.

As promised Cik Jejari tembam akan continue cerita part two di bumi Borneo.Hari kedua kami di Sabah more to nature trip. Pagi-pagi lagi seawal jam 6 dh bangun sebab already set appointment dengan abg jeff pukul 7 dia datang ambil kami. Pukul 6 pun bumi dah cerah di Sabah. Macam pukul 8 pagi kat semenanjung. Bangun jer tidur, Cik jejari tembam terus ke balcony menikmati pemandangan pagi. Rasa nyaman angin pagi buatkan tubuh rasa segar je. Yang  buatkan lagi best tu bila Cik jejari tembam tengok ada kebun kecil di tepi pagar rumah . Kebun ni ditanam daun bawang. Gemuk-gemuk daun bawang di sini mungkin faktor cuaca kot. Ada sorang makcik tengah sibuk berkebun. Fuhhh best suasana ni. Anak-anak dah sibuk  berjalan kaki ke sekolah melalui jalan-jalan kecil di lereng bukit. Selain tu tuan rumah homestay ni ada juga tanam bunga-bunga mawar. Tetiba rasa macam dalam filem gituuu :) hehehe

Excited memulakan hari kedua kami semua awal-awal dah bersiap.Kami kena terus check out memandangkan tak akan berpatah balik ke Kundasang. Cik jejari tembam ambil kesempatan juga dengan ahli-ahli trip yang lain bergambar di balcony rumah ni..View dia fulamak weiii memang cantekzz. First thing kitaorang cari lepas check out of course le breakfast. Cik jejari tembam kalau tak breakfast boleh kurang oksigen dalam badan J, im prefer breakfast compare dari lunch. Memang breakfast apapun leh ngap sebab time ni selera memang bertambah-tambah.. pelik kan.. WhateverJ. So abang Jeff drop kami dekat satu restoran ni area Kundasang juga (sori tak ingat nama restoran ni) . Kebersihan oklah kat sini,.. so Cik jejari tembam pun terus ambil nasi lemak campur telur mata dengan sedikit sosej and minum teh tarik…Time nak membayar melopong jugalah bila dengar harga  huhuhuu RM8.50 tuuuu. Mama CJT pun jual nasi lomak oiii setakat nasi lemak telur mata tu Rm1.50 jer. Tu yang CJT nak gtau kat reader, please do not expect makanan yang sedap-sedap kat area kundasang dan daerah berhampiran dengan nyer ok. Makanan setakat leh lapik perut jelah :0



Habis je breakfast, first check point kami ialah ke Kolam Air Panas Poring. Kalau nak tahu kami ni group pertama yang tiba di situ pada hari tersebut. Time group kami tiba memang belum ada visitor lain yang sampai. So berbekalkan tiket masuk RM3 kami mula menapak ke Taman Air panas ni. Tiket ni bukan setakat boleh digunakan untuk masuk ke air panas je tapi kita boleh juga guna untuk access masuk ke Kinabalu park .





Banyak tempat menarik boleh kita singgah di dalam Taman Air Panas Poring ni tetapi group CJT just drop by di Kolam air panas je. Masing-masing tak nak meneruskan perjalanan sebab kalau nak mandi air terjun pun masih awal sangat. Kalau nak menapak ke Canopy walk pun rasanya benda tu dah biasa kami experience. So kami just rendam-rendam kami di kolam air panas yang disediakan sambil menikmati keindahan alam di kawasan tu.

Without wasting our time kami continue journey kami ke checkpoint seterusnya.. Haaa yang ni best..memang best giler hahaha . Abang jeff bawa kami ke Sungai Moroli, Kampung Luanti - Fish Massage . 





Tiket nak masuk ke sini hanya RM5 sahaja. Aktiviti yang kita boleh buat di sini ialah manja-manja dengan ikan kelah kat sini. Memang sedikit geli sampai terjerit-jerit kami dibuatnya. Bila ikan kelah tu gigit-gigit kaki memang geli gelaman skit. Enal si budak speaky kami dah terjerit-jerit macam orang gila. Cik Farah pula memang tak hampir langsung dengan sungai sebab ada symptom geli yang terlebih sudah J hehehe.. Masa yang diberi untuk kita manja-manja dengan ikan tu dalam 15 minit jer. Habis jer masa nanti dengarlah siren inform yang masa tamat. Kalau nak mandi terus dengan ikan-ikan tu pun boleh tapi kenalah bayar RM10. Kaki pun dah tak tahan geli macam manalah nak mandi seluruh badan kan. Huuu tak sanggup eihhh. Oh ya time manja2 dengan ikan tu kami sempat juga bagi ikan tu makan. Harga makanan ikan RM0.20 jer .Murah kan J

Puas main dengan ikan kami teruskan perjalanan kami ke Ladang Teh Sabah. Ladang ni berdekatan jer dengan tempat ikan kelah tadi. Program asal kami nak melawat kilang teh ni. Ada pakej yang disediakan berharga RM10 untuk lawatan ke kilang teh. Tetapi disebabkan nasib tak menyebelahi kami, kilang tak beroperasi pada hari tu disebabkan cuti.. Huhuhu frust jugalah Cik Jejari Tembam time tu. Nak hilangkan frust tu kami lepak2 di café sambil minum-minum teh panas sambil nikmati view ladang teh yang indah. Tapi kalau nak ikutkan CJT lebih sukakan view ladang teh di Cameron Highlands sebab lagi cantik.






Next check point kami ialah lunch time .. Malas nak citer bab makan kat Kundasang ni tak menarik untuk dikongsi so kita skip ekkk… Lepas lunch jer terus kami bergegas ke Desa Cattle Sabah.. Tempat ni memang buat sesiapa yang singgah rasa macam berada di New Zealand gitu. Kami tiba pukul 3 petang untuk tengok aktiviti pemerahan susu lembu di kilang. Nak access ke ladang ni kita kena bayar RM3 setiap seorang. Jalan nak ke ladang ni agak berbukit sikit. So make sure kenderaan anda diservis dengan baik sebelum nak pergi ke sini ok. Sampai jer memang masing-masing teruja dengan pemandangan yang ala-ala new Zealand kat sini. Lupa dah nak tengok aktiviti perah susu tu, masing-masing sibuk posing sana sini.. Tapi kami sempat jugalah join pengunjung-pengunjung yang lain untuk aktiviti pemerahan susu lembu. 










Puas dah habiskan masa di ladang ni kami pun bergerak la ke destinasi seterusnya iaitu Kinabalu Park. Ini memang CJT excited nak share. Waktu kami tiba di sini pendaki-pendaki mount kinabalu dah pun turun. Cuaca time ni gerimis. Memang sejuk. Masing-masing excited bila bercakap keluar asap. Fuyoooo dah rasa macam duduk kat overseas. Semua ahli rombongan terjerit-jerit teruja bercakap keluar asap. Anda akan rasa pengalaman macam mana awan lalu melepasi anda. Kita ingatkan kabus tetapi rupanya kabus tu adalah awan. Sebab tulah Sabah ni dinamakan Negeri Dibawah bayu. Macam duk di atas kayangan pula kita rasa. I’ll not forget this moment u all.






Sebabkan hari pun dah nak gelap, kami perlu bergegas pulang ke Kota Kinabalu. Sepanjang perjalanan masing-masing dah letih. Semua terus terlelap la. Abang jeff sorang2 la bersengkang mata drive J . Sebelum sampai KK kami singgah sebentar untuk lalu di Jambatan tamparuli. Adik-adik lelaki bukan main syok lagi nyanyi lagu jambatan tamparuli..korang memang gila and happening la. Panjang juga jambatan ni. Angin kuat boleh kita rasakan merentasi jambatan ni. So jangan jelezz u all I dah naik jambatan tamparuli J …hehehehe



Habis je posing lebih kurang kami teruskan perjalanan ke KK. On the way ke KK abang Jeff drop kami kejap dekat gerai tepi jalan. Motip dia nak kenalkan kami pada satu makanan yang boleh katakana special jugalah kat Sabah ni. Kelapa jelly. Tapi jelly ni lain skit ye you all. Agar-agar yang rasa kelapa dan dimasak dengan susu. Rasanya lebih kurang macam jelly kelapa di Penang. Bezanya hanya tambah susu tu. Sambil order makan malam kami sempat la makan jelly ni. Asal nak makan malam di gerai ni tapi sebabkan nyamuk banyak gigit sana sini terus kami tapau je makan kat apartment nanti.

Sampai je di Kota Kinabalu kami check in di apartment yang kami sewa area cyber city 2. Rumah ni kira selesa la. Ada 3 bilik tidur, Bilik utama ada aircond yang lain2 ada kipas. Ada astro, dapur untuk memasak dan mesin basuh. Fully furnished. Lepas je check in then enjoy ur dinner together apalagi terus masing2 kebabommm la berdengkur tidur. Kena rehatkan badan untuk aktiviti seterusnya esok… So nak tahu apa aktiviti hari ketiga … tunggu next entry ok ;)




Trip To Borneo Part One

As Salam all my silent readers...

Jejari Cik tembam terasa excited nak share experience to all my silent readers about trip to Borneo. Cik jejari tembam tahu ada silent readers dlm blog ni cause bila dpt report visitor jumlah silent reader makin meningkat setiap kali ada post kat blog ni... Thx ye you all.. :)

Back to main point pasal post kali ni, Alhamdulillah tarikh 30th Sept 2012 - 4th Oct 2012 melakar satu lagi kenangan manis dan terindah untuk Cik jejari tembam dan rakan2 seangkatan yang follow trip kali ni. Berbekal kan tiket hot deal dari Air Asia yang kitaorg tempah setahun yang lalu dapatlah kami menerobos ruang angkasa ke negeri di bawah bayu dengan harga yang soooo cheap. Yelah kalau nak mengharapkan harga tiket yang biasa susahlah sikitkan, almaklumlah mahal. So thanx Air Asia sbb anda banyak experience Cik jejari tembam dapat lalui. Dari lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang , pukul 10:20 pagi kami memulakan perjalanan kami ke Sabah . Lebih kurang pukul 1:20 petang pesawat Air Asia tiba di Lapangan terbang kota kinabalu terminal 2 .Alhamdulillah perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam tu berjalan dengan selamat.


Ahli rombongan kali ni seramai 10 orang. Jadi awal2 lagi Cik jejari tembam dh nego dan buat booking dengan satu agensi pelancongan ni Sabah Trip .Harga yang paling murah Cik jejari tembam dapat untuk trip kali ni. Untuk kos pengangkutan dan juga pemandu sekali dapatlah RM1600 . Rasa berbaloi juga untuk memudahkan kami jalan2 di Sabah ni. Setibanya kami di sini, abang Jeff our driver untuk 5 hari ni pick up kami dengan van urvan. So selesa lah untuk perjalanan kami. Bila pick up je terus abang jeff ni bawa kami ke landmark pertama di Kota Kinabalu. Jejaklah kami ke bangunan Yayasan Sabah


Lepas snap picture untuk kenang kenangan dengan pose yang gila2 tu kami terus dibawa ke Kundasang . Kami perlu cepat tiba di Kundasang sebab di Sabah waktu malam lebih awal dari di semenanjung. Pukul 6 petang dah gelap. Jalan ke Kundasang pula lebih kurang jalan ke cameron highlands dan jalan ke Gerik, so bahaya la kalau gelap2 baru nak redah ke sana. 

On e way ke Kundasang , sebabkan perut dah berkeroncong sangat kami mintalah abang jeff bawa kami pergi makan dulu.. Masing-masing dh kelaparan tahap orang somalia tak cukup makan. Jadi kami dibawalah singgah makan dekat area Tamparuli. Tahap makanan kat Restoran MJ ni tak berapa nak menepati piawaian Cik jejari tembam yang cerewet pasal makanan ni .. Tak sedap la bahasa mudah kan. Tapi sebabkan lapar tahap somalia makan tetap makan juga. Anjing2 yang berkeliaran di sekeliling kawasan restoran pula buat tekak ni lagi lah rasa mual semacam. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan dari Tamparuli ke Kundasang anjing terlampau banyak . Dah jadi macam satu kemestian dapat tengok anjing sepanjang perjalanan tu. Cik jejari tembam ni fobia skit dgn anjing. Binatang paling Cik jejari tembam tak suka "anjing".Boleh ketaq lutut tau. Perkataan baru kami dapat time kat restoran ni nak tahu tak apa ??? hehehhe amoi .. kalau kita cakap asam boi .. tp kat sini panggil amoi :)

Habis jer kami makan terus abang jeff bawa kami melawat " Rumah Terbalik" tak sampai 10 min perjalanan dari restoran tadi. Ini salah satu tarikan terbaru di Sabah. Tiket nak masuk ke rumah ni RM10 untuk orang dewasa (pemegang mycard) . Uniknya rumah ni dibina dalam keadaan terbalik. Lawatan anda akan diketuai oleh seorang tourist guide yang akan explain pasal rumah tu. Minimum kapasiti nak masuk rumah ni 10 org je. Setiap kali nak masuk kita kena pukul gong sebanyak 3 kali. Everything inside e house terbalik kecuali aircond dan cctv ;) .. Didalam rumah tu kita akan dapat lihat sofa, peti ais, katil, tv dll atas kepala kita.Bergambar adalah dilarang sama sekali didalam rumah ni. Hanya boleh snap picture di luar rumah..



Habis jer tour di rumah terbalik kami teruskan perjalanan yang masih panjang ke Kundasang. View ke daerah ni biasalah , pemandangan kampung2 dan gunung ganang semakin hampir dengan kundasang semakin cantik pemandangan alam semulajadi kat sini.. Cuaca pun makin sejuk. Kami singgah sekejap di kawasan pekan kecil ( Cik jejari tak ingat la nama pekan ni :) ) untuk solat. Disebabkan Cik jejari tembam ABC so Cik jejari tembam just lepak dekat pondok rehat sementara tunggu member2 yg lain habis solat. Nak jadi rezeki Cik jejari tembam tiba2 dapat tengok pelangi melingkari kawasan puncak Mount Kinabalu . Subhanallah cantik sangat. Rasa takjub sangat dengan pemandangan masa tu. Time tu pula cuaca sejuk dengan gerimis. Memang rasa kagum sangat berkesempatan tengok view ni


View ni hanya dalam 15 minit macam tu, bila pelangi mula hilang kawasan mount kinabalu kembali gelap. Rasa bersyukur sangat dapat peluang macam ni. Kata Abang jeff kalau cuaca tak elok susah nak tengok dah puncak gunung kinabalu tu. Dengan izin Allah walaupun dh gelap kami masih bernasib baik mcm ni. Alhamdulillah syukur sangat2

Bila member2 dh siap solat , kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Nak check in ke homestay yang kami sewa. Homestay Seribu 1 dengan harga RM350 semalam.Homestay ni sangat2 selesa. Ada 5 bilik tidur (dua tingkat). Cantik yang amat homestay ni. Ada barbeku set disediakan tuan rumah kalau nak berbabeku di balcony rumah. Kami semua puas hati dengan homestay ni. 


Pemandangan daripada Balcony rumah


Lepas jer check in di homestay our driver Abg Jeff bawa kami pergi makan malam di pekan Kundasang.. Cuaca time ni memang sangat2 sejuk. Nasiblah mama pesan suruh Cik jejari tembam bawa baju sejuk, kalau ikutkan tak mahu memberatkan beg sebab budget cuaca lebih kurang sama dengan cameron. Setakat cuaca kat cameron tu memang Cik jejari tembam tak kisah. Tapi ni memamg betul2 sejuk. Tak tahan bah. Time makan malam kedai of course la dh banyak tutup even baru kul 7 lebih masa tu. Maklumlah dh gelap. Mujur ada satu restoran mamak kat pekan Kundasang ni. Di Kundasang ni susah nak cari makanan halal. Sepanjang perjalanan ke Kundasang sendiri kita boleh lihat oink oink aka khinzir panggang di jual sepanjang jalan  :) . Makan memang susah skit la Cik jejari tembam rasa kat Kundasang ni. So dapat kedai mamak kira dah ok la. Roti canai kat kedai ni memang sedap. Disyorkan makan ok.. tapi kuah dhal dia cair skit. Nama restoran mamak ni "Restoran Razida". Ingat di Penang jer dapat tengok mamak tebar roti canai tup tup jumpa kat Sabah. We all interview la juga asal usul mamak ni.Rupanya dia asal dari nunnnn India sana. Imagine mamak ckp Sabah :) ..


Lepas kenyang makan Abg Jeff bawa kami balik ke homestay. Masing-masing badan dh letih. Cuaca pulak sejuk amat buat masing2 dah ngantuk sangat. Balik jer terus semua kababommm tidoq. Set appointment dengan abg Jeff kul 7 pagi esok untuk our second day trip....So Cik jejari tembam stop sini dulu ok... Nanti sambung part 2 Trip to borneo ni...Tq for reading :)




1 comment:

  1. Salam... Wow.. Lain kali dtg kundasng bole singgh kat d'izz homestay kundasang pulak yaa...

    ReplyDelete